Wednesday, January 14, 2009

Pontianak seram di Worldip.tv!



















Dato Pengiran Abdul Rahman telah mewasiatkan supaya peguamnya mencari waris-waris yang berhak menerima harta bernilai RM30 juta selepas kematiannya.
Selain dari Azlee seorang pereka fesyen yang lembut, kedua-dua anak lelakinya, ada dua lagi waris lain yang dicari. Saiful, seorang mekanik dan anak yatim piatu tidak menjangkakan yang beliau bakal mewarisi harta arwah ayahnya yang tidak pernah dikenalinya.

Semasa pembacaan wasiat di rumah arwah Dato Pengiran di Fraser Hills, keadaan menjadi huru-hara, bila mana Azlee, anak sulung arwah Dato Pengiran tidah dapat menerima kehadiran Saiful. Ini ditambah rumit bila seorang wanita keturunan siam hadir sama sebagai pewaris, Ratnaputri adalah ibu tiri mereka.
Namun dengan ketegasan peguam, mereka terpaksa akur dengan wasiat arwah Dato Pengiran. Wasiat itu mengarahkan semua pewaris harus tinggal di rumah banglo itu selama 33 hari sebelum wasiat pembahagian harta dibacakan. Jika ada waris yang tidah mematuhinya, mereka akan disingkirkan. Berlaku berbagai insiden semasa peringkat mula mereka tinggal di situ. Ketegangan di antara Ziana, isteri Azlee dan Ratnaputri semakin memuncak namun paling tragis berlaku insiden di mana Julia, setiausaha peguam hilang.

Kehilangan Julia menjadi tanda Tanya dan sejak itu muncul Pontianak yang menyerupai wajah Julia yang terus mengganggu penghuni rumah banglo, setiap malan sehingga ada yang tidak sanggup tinggal di situ. Tapi oleh kerana mahukan harta-harta tersebut, mereka terpaksa mengharungi keadaan yang menyeramkan ini. Tidak lama kemudian, Mazlan pula didapati hilang dan keadaan menjadi bertambah cemas.

Mereka terus diganggu dengan berbagai insiden yang menyeramkan. Yang menjadi tanda Tanya, ke mana menghilang Julia dan Mazlan?
Apakah Pontianak itu benar-benar wujud. Jawapanya setelah menyaksikan filem Pontianak menjerit.

Kepada peminat-peminat movie serrraammM! Tunggu apa lagi!? Saksikan PontianaK Menjerit di www.worldip.tv

No comments: